16/1/2011 PKR Cabang Wangsa Maju dengan kerjasama AMK Wangsa Maju dan DAP Wangsa Maju telah mengadakan program lawatan untuk mendekati pengundi-pengundi di Wangsa Maju. Program bertujuan mendedahkan situasi pengundi di Wangsa Maju kepada Datuk Dr.Tan Kee Keong penyelaras PKR Cabang Wangsa Maju. Program dimulakan dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di pasar Teratai Mewah pada sebelah pagi sambil mengedarkan buah limau dan akhbar KeADILan , dan tengahari menghadiri majlis perkahwinan di Dewan Komuniti Taman Ibu Kota. Manakala disebelah petang pula diadakan majlis menyampaikan bantuan kepada orang yang kurang berkemampuan berupa barang-barang kegunaan dapur. Program yang akan datang pada Khamis 20/1/2011 jam 8.00pagi, dengan mengadakan lawatan ke Prima Setapak. – by hamzah
Filed under: Uncategorized








