• Email AMK Wangsa Maju:
    amkwangsamaju@gmail.com

  • Ketua AMK Wangsa Maju


    Saudara Hamdi Said
  • Aktiviti AMK Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan:

    Wacana Isu Semasa:

    Angkatan Muda Keadilan Wangsa Maju akan menganjurkan program "Wacana Isu Semasa" pada 17 May 2009 (Sabtu) ini bertempat di 1-3 Paltinum Walk, 2 Jalan Langkawi, Danau Kota.

    Program wacana ini akan membincangkan pelbagai isu di dalam kawasan parlimen Wangsa Maju dan isu-isu nasional termasuk kemelut politik di negeri Perak.

    Ahli panel yang dijemput adalah YB Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Sdr, Shamsul Iskandar (Ketua AMK Malaysia) dan Sdr. Buhairi Yaakob (Timb. Ketua Bahagian).

    Azlan Shahriz
    Ketua Penerangan
    AMK Wangsa Maju

  • Sertai Angkatan Muda KeAdilan Bahagian Wangsa Maju


    Kami dari AMK Bahagian Wangsa Maju menyeru anak muda dari kawasan Wangsa Maju menyertai perjuangan kami bersama-sama demi semangat cintakan negara. Sila klik di sini untuk muat turun borang. Sebarang pertanyaan sila email ke amkwangsamaju@gmail.com atau hubungi Ketua Penerangan AMKWM di talian 012 624 5965 (Azlan).
  • Lagu Parti Keadilan Rakyat

    Kami Arus Perjuangan. KeADILan! Keadilan rakyat kita, Jana arus, kami arus perjuangan bangsa, Keluhuran perlembagaan, perpaduan Negara, Masa depan anak Malaysia, Kebebasan! kebebasan rakyat kita, Diberkati tuhan memperkasakan rakyatnya, Membujur lalu, melintang patah, Perjuangan rakyat Malaysia, Membujur lalu, melintang patah, Demokrasi rakyat Malaysia. (ULANG SEMULA) Membujur lalu, melintang patah, Keadilan rakyat Malaysia..
  • DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

  • Yang Berkhidmat Service Centre

    1–3 Platinum Walk, 2 Jalan Langkawi, Danau Kota.
    Tel: 03-4143 3322


    Ahli Parlimen Wangsa Maju
    YB Wee Choo Keong

  • Archives

  • Blog Stats

    • 5,370 hits

“Ayuh cabar saya” – DSAI

Mohd Khalil Abdullah
Thu | Aug 13, 09 | 1:01:15 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Setiap wajah jelas menampakkan reaksi ingin tahu. Bukan satu, bukan juga puluhan, malah bukan jua ratusan tetapi ribuan membanjiri lokasi ceramah untuk mendengar sendiri daripada Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Isu khianat menjadi tumpuan. Semua yang hadir menanti apakah jawapan Anwar terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Umno sejak kebelakangan ini.

Beralaskan akhbar lama, ada yang baru, masing-masing mencari tempat strategik untuk mendengar sendiri jawapan daripada mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

“Kalau saya ambil saham Bumiputera, 1 inci tanah kerajaan, 1 kontrak untuk diri saya, Azizah dan anak- anak, kalau boleh cabar saya. Pejuang- pejuang Umno Barisan Nasional, handal- handal belaka. Menteri mereka menghunus keris. Tanya dia kalau kamu pembela Melayu, ada atau tidak kamu ambil saham bumiputera ? Wang berpuluh juta yang diambil untuk keluarga mereka dan kroni mereka?,” soal Anwar semasa berceramah di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Bukit Tinggi ? Gunung Genting? Diserah pada tauke judi. Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananda Krishnan. Diberikan syarikat dan dia jadi jutawan dalam masa yang singkat. Tauke- tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Jangan cabar saya. Kalau orang Umno kata ini adalah fitnah, ayuh cabar saya. Saya akan jumpa dan jelaskan satu persatu,” tambah Anwar lagi.

Beliau menyatakan kehairanannya mengapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terlalu mengamalkan perjuangan yang sarat dengan hasad dengki dan permusuhan peribadi yang melampau-lampau.

Bagi Anwar, adalah dosa yang besar untuk seseorang pemimpin itu merampas hak rakyat dan harta negara yang sepatutnya diagihkan kepada secara adil dan saksama.

Kita hendak tanya pada mereka. Mengapa pemimpin Umno ambil sikap bermusuh begitu sekali ? Ingat senang untuk panggil orang pengkhianat bangsa? Khianat bangsa maknanya jual tanah, jual negeri. Biarkan rakyat dan kaum Melayu menderita. Dan dia kata untuk dirinya. Tapi apa yang berlaku dalam negara kita? Kenapa pemimpin Umno mengambil sikap yang rakus, zalim, sombong dan angkuh?” soal Anwar.

Sebaliknya Anwar menegaskan Umno dan BNlah yang bertanggungjawab menjadikan orang melayu sehingga kini masih terkurung dalam mentaliti lama.

“Orang Melayu diperbodohkan kerana Umno hanya akan berkuasa dan kekal berkuasa bila sekiranya orang Melayu tidak tahu maklumatnya,” ujar Anwar.

Beliau juga mempertikaikan rasionalnya slogan 1Malaysia yang canang hebat oleh Perdana Menteri. Umno-BN mencanangkan 1Malaysia namun dalam masa yang sama meniupkan api perkauman supaya Melayu dan bukan Melayu saling benci- membenci.

“1Malaysia BN ialah 1Malaysia untuk orang kaya, ambil komisyen RM400 juta, tidak perlu siasat. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382…siasat, dera, siasat, sampai mati. Itu maknyanya 1Malaysia untuk orang besar. 1Malaysia orang kaya dan 1Malaysia untuk orang- orang kecil,”jelasnya.

“Negara kita antara negara yang terkaya jika banding dengan negara- negara jiran. Mana ada negara jiran yang masyhur minyak begitu besar ? Tidak usah buat apa, hanya ambil komisyen minyak, RM60 bilion, RM70 bilion. Saya tahu sebab saya Menteri kewangan selama 8 tahun. Hasil kelapa sawit, hasil balak di Sabah dan Sarawak tinggi. Tapi apakah diagih pada rakyat?,”soal Anwar lagi. – mks.

LAPORAN SPRM BERKENAAN SALAHGUNA KUASA PENGGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN PENYELEWENGAN TANAH OLEH MUHYIDDIN YASIN.

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

19 Ogos 2009

LAPORAN SPRM BERKENAAN SALAHGUNA KUASA PENGGUNAAN KEMUDAHAN KERAJAAN UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN PENYELEWENGAN TANAH OLEH MUHYIDDIN YASIN

Perkara diatas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama AMK Negeri Johor akan membuat satu laporan kepada SPRM Johor berkenaan salahguna kuasa penggunaan kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadi dan penyelewengan tanah oleh Muhyiddin Yasin.

Majlis tersebut akan diadakan pada:

Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 11 pagi.
Lokasi: Pejabat SPRM, Wisma Persekutuan, Johor Bharu.

Orang awam dan wakil media kecuali Utusan Malaysia adalah dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.

Maklumat lanjut, sila hubungi Sdr. Zabidie Abas (Ketua AMK Johor) di talian 019-7654699

Harap maklum.

KETUA POLIS NEGARA PERLU MELETAKKAN JAWATAN ATAS TINDAKAN GANAS TERHADAP PERHIMPUNAN MANSUH ISA

KENYATAAN AKHBAR

2 Ogos 2009

KETUA POLIS NEGARA PERLU MELETAKKAN JAWATAN ATAS TINDAKAN GANAS TERHADAP PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Lee Khai Loon, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis yang menghalang perhimpunan Mansuhkan ISA yang aman pada Sabtu lalu. Pihak polis telah menangkap 589 orang termasuk 40 wanita dan 44 remaja. Tindakan polis bukan sahaja tidak memainkan peranan yang memberikan perlindungan kepada rakyat jelata malah bercanggah dengan kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan.

“Pihak polis tidak professional serta tidak mengetahui menjaga ketenteraman awam. Jika bilangan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai, water canon yang disediakan serta penutupan jalanraya utama, mengapakah pihak polis tidak berusaha serta berunding dengan pihak penganjur untuk menjaga ketenteraman awam dengan berkesan?

“Kebanyakkan perhimpunan atau demonstrasi yang dijalankan di luar negara boleh diadakan dalam keadaan yang aman dan tenteram, mengapakah pihak polis hanya tahu melepaskan banyak tembakan pemedih mata dan tembakan meriam air yang mengandungi bahan kimia asid terhadap rakyat?”

Lee juga menyatakan bahawa pihak polis telah kehilangan integriti untuk menjalankan tugas mereka. Mereka sepatutnya tumpu dalam menjaga keselamatan masyarakat yang kian bahaya dan bukannya menindas rakyat yang mengambil bahagian dalam himpunan! Pihak polis seharusnya neutral dalam tidak melibatkan diri dalam kepartian.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia merakamkan terima kasih dan perhargaan kepada semua rakyat yang hadir perhimpunan itu. Walaupun kerajaan Barisan Nasional dan pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk menghalang rakyat menyertai Himpunan tersebut, tetapi Himpunan Mansuhkan ISA telah berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat untuk menghantarkan hasrat rakyat kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Pehimpunan tersebut amat menyentuh hati kerana saling membantu di kalangan orang ramai yang tidak mengambil kira kaum apabila diserang oleh tembakan pemedih mata dan meriam air. Rakyat telah menujukkan kematangan dan rasional dalam menyampaikan mesej mereka.

Akhir sekali, AMK menggesa Ketua Polis Negara, Musa Hassan patut bertanggungjawab atas tindakan ganas terhadap perhimpunan tersebut. Beliau juga harus memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia serta meletakkan jawatan beliau supaya kredibiliti Polis Di Raja Malaysia boleh diperbaiki.

Lee Khai Loon

Ketua Penerangan

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Why do Malaysians march?

Why do Malaysians march?
Yeo Yang Poh


On the move … a section of anti-ISA protesters near
the National Mosque in Kuala Lumpur on Saturday.

WHY march, when the government has said that it will review the Internal Security Act? Why march, when there are other very cosy ways of giving your views and feedback?

One would understand if these were questions posed by nine-year-olds. But they are not. They are questions posed by the prime minister of this nation we call our home. Answer we must. So, why?

Because thousands who died while in detention cannot march or speak any more. That is why others have to do it for them.

Because persons in the corridors of power, persons who have amassed tremendous wealth and live in mansions, and persons who are in the position to right wrongs but won’t, continue to rule our nation with suffocating might. And they certainly would not march. They would prevent others from marching.

Because the have-nots, the sidelined, the oppressed, the discriminated and the persecuted have no effective line to the powerful.

Because the nice ways have been tried ad nauseam for decades, but have fallen on deaf ears.

Because none of the major recommendations of Suhakam (including on peaceful assembly), or of the commissions of inquiry, has been implemented. Because the proposed Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) is not in sight, while corruption and insecurity live in every neighbourhood; and (despite reasoned views expressed ever so nicely in opposition) Rela (people’s volunteer corps) is being brought in to make matters even worse.

The proponents in “Su Qiu” (remember them?) were not marchers. In fact it is hard to find nicer ways than “su qiu”, because the term means “present and request” or “inform and request”. In terms of putting forward a view or a request, it is the height of politeness. Yet they were labelled “extremists” – they who did not march.

And now you ask, why march?

Because you gave non-marchers a false name! You called them the “silent majority”, who by virtue of their silence (so you proudly argued with twisted logic) were supporters of government policies since they were not vocal in raising objections. You claimed to be protecting the interest of the “silent majority”. Now some of them do not want to be silent anymore, and you are asking why?

Yes, because double standards and hypocrisy cannot be covered up or explained away forever; and incompetence cannot be indefinitely propped up by depleting resources.

Because cronyism can only take care of a few people, and the rest will eventually wake up to realise the repeated lies that things were done in certain ways purportedly “for their benefit”.

Because the race card, cleverly played for such a long time, is beginning to be seen for what it really is – a despicable tool to divide the rakyat for easier political manipulation.

Because it does not take much to figure out that there is no good reason why Malaysia, a country with abundant human resources and rich natural resources, does not have a standard of living many times higher than that of Singapore, an island state with no natural resources and that has to import human resources from Malaysia and elsewhere.

Because, in general, countries that do not persecute marchers are prosperous or are improving from their previous state of affairs, and those that do are declining.

Because Gandhi marched, Mandela marched, Martin Luther King marched, and Tunku Abdul Rahman marched.

Because more and more people realise that peaceful assemblies are no threat at all to the security of the nation, although they are a threat to the security of tenure of the ruling elite.

Because politicians do not mean it when they say with a straight face or a smile that they are the servants and that the people are the masters. No servant would treat his master with tear gas, batons and handcuffs.

Because if the marchers in history had been stopped in their tracks, places like India, Malaysia and many others would still be colonies today, apartheid would still be thriving in South Africa, Nelson Mandela would still be scribbling on the walls of Cell 5, and Obama would probably be a slave somewhere in Mississippi plotting to make his next midnight dash for the river.

And because liberty, freedom and dignity are not free vouchers posted out to each household.

They do not come to those who just sit and wait. They have to be fought for, and gained.

And if you still want to ask: why march; I can go on and on until the last tree is felled. But I shall
obviously not.

I will end with the following lines from one of the songs sung in the 1960s by civil rights marchers in the US, without whom Obama would not be able to even sit with the whites in a bus, let alone reside in the White House:

“It isn’t nice to block the doorway
It isn’t nice to go to jail
There are nicer ways to do it
But the nice ways have all failed
It isn’t nice; it isn’t nice
You’ve told us once, you’ve told us twice
But if that’s freedom’s price
We don’t mind …”

Yeo Yang Poh is a former Bar Council president.

Arahan PM Najib dan tindakan Polis Di Raja Malaysia ZALIM !

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

1 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan ganas pihak polis menyerang, mengganasi dan menangkap rakyat Malaysia yang melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di Kuala Lumpur hari ini, menuntut pemansuhan akta zalim ISA.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengutuk tindakan ganas polis yang sama sekali tidak perlu. Ia adalah di luar batasan amalan demokrasi dan hak asasi rakyat Malaysia untuk menyerahkan memorandum ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Malah pihak polis tidak menghormati Baginda kerana temujanji untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Baginda telah ditetapkan pada hari ini.

Keganasan hari ini yang menindas dan menekan suara rakyat Malaysia ternyata mendedahkan omongan kosong ‘1 Malaysia’ yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa Dato’ Seri Najib Razak untuk membuktikan bahawa pentadbiran beliau bukan hanya berasaskan slogan-sloganan semata-mata dengan membuka ruang demokrasi dan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama, hampir 500 orang rakyat yang ditahan hari ini ketika melaksanakan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan, mesti segera dibebaskan. Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawai utama polis yang mengarahkan keganasan hari ini, mencabul hak perlembagaan rakyat dan bertindak biadap terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong; perlu digantung tugas dan siasatan bebas dilaksanakan terhadap mereka.

Najib perlu bersedia membuktikan bahawa beliau berhasrat untuk benar-benar menjadi Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia dengan segera mengambil langkah-langkah perlu untuk menentukan kehendak sebenar rakyat mengenai ISA dengan mengadakan pungutan suara (referendum) bebas.

Tatacara pengendalian pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun mesti dikaji semula bagi memastikan mereka mengawal keselamatan dan bukan bertindak liar mengganasi rakyat. Sudah sampai masanya tindakan pemerintah memperalatkan polis untuk kepentingan sempit mereka dihentikan dan polis seharusnya menjaga keselamatan rakyat dan bukan mengganasi mereka.

Sekiranya Najib enggan melaksanakan perubahan-perubahan ini, ternyata beliau mengemukakan gagasan ‘1 Malaysia’ hanya sekadar untuk mengabui mata rakyat dan memperdayakan Malaysia bahawa kerajaan hari ini sudah berubah.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Perhimpunan Aman Menentang Akta Zalim ISA

antiisa1Malaysia Opposition ProtestMalaysia Opposition ProtestMalaysia Opposition ProtestMalaysia Opposition Protest
(foto ehsan The Associated Press)

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat – Malaysiakini

Jul 28, 09 7:28am
Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat – dengan singkatan MAMPAT – bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.

Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan – Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).

Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

“Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, MAMPAT juga menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini.

Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

“MAMPAT percaya, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak,” tegas kenyataan itu lagi.

Pemuda Pakatan Dan GMI Tetap Adakan Himpunan 1 Ogos

Pemuda Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap dengan pendirian akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan aspirasi rakyat supaya kerajaan Barisan Nasional memansuhkan akta zalim ISA.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, meminta orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan 1 Ogos ini berpakaian hitam atau merah dan bukanya putih. Pakaian putih kata beliau hanya akan digunakan oleh golongan pro ISA yang mengelar diri mereka Pewaris yang turut akan mengadakan perhimpunan pada hari yang sama tetapi bertujuan meminta kerajaan BN mengekalkan akta itu.

Menurut Syed Ibrahim, GMI tidak akan meminta permit Polis kerana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan rakyat berhak berhimpun secara aman.

“Berhubungan dengan perhimpunan kitam kita tegaskan semula berhimpun ditiga tempat iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Masjid negara dan kita akan menyerahkan deklarasi rakyat kepada Istana Negara. Kita serius dalam menyampaikan deklarasi ini dan kita telahpun membuat temujanji dengan Istana Negara dan kita telah menyerahkan surat temu janji baru-baru ini.

Sementara itu pemimpin PAS,Salahuddin Ayub berkata, beliau berharap Perdana Menteri Najib Razak memansuhkan akta zalim berkenaan sebagai menunjukkan beliau komited dengan laungan 1 Malaysia rakyat diutamakan.

“Saya nak sebut pada petang ini ialah Perdana Menteri Najib Razak komited dengan slogan 1 Malaysia dan rakyat diutamakan saya tegaskan bahawa masanya Najib mengambil keputusan memansuhkan terus akta yang zalim ini.

“Apa yang GMI telah rancang ini adalah tindakan mengatasi politik tidak ada kena mengena dengan parti politik, tiada kepentingan mana-mana pihak. Apa yang kita buat pada 1 Ogos ini ialah untuk kepentingan dan masa depan generasi Malaysia,” katanya.

Ketua Penerangai PKR Tian Chua berkata, selagi ISA tidak dimansuhkan, apa juga isu yang dibangkitkan rakyat akan ditutup oleh kerajaan dengan cara menggunakan akta berkenaan.

Katanya, Najib perlu mengambil keputusan memansuhkan akta ini kerana banyak parti komponen BN telah menyuarakan hasrat supaya akta berkenaan dimansuhkan.

“Banyak isu-isu yang berlaku kebelakangan ini ada kaitan dengan kuasa yang dipegang oleh kerajaan menggunakan ISa, satu akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara terhadap sesiapa. Pa pun isu masyarakat yang kita bangkitkan akan ditutup kerana kerajaan mempunyai kuasa ISA.

“Bekas Perdana Menteri setuju bahawa ISA patut dimansuhkan dan ada banyak lagi parti komponen Barisan Nasional telah menyatakan perkara yang sama termasuk MCA, PPP, Gerakan kita juga mengharap ini bukan perhimpunan yang dihadiri oleh NGO dan rakyat tetapi anggota Barisan Nasional juga dimobilisasikan menyertai perhimpunan aman ini,” katanya.

Sementara itu, wakil DAP Ronnie Liu berkata, perhimpunan aman berkenaan merupakan cara rakyat membantu kerajaan untuk membuat keputusan sama ada untuk mengkaji semula atau memansuhkan akta berkenaan.

Perhimpunan berkenaan diadakan bagi menghantar deklarasi kepada Istana Negara untuk memansuhkan ISA, membebaskan tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kemunting turut disertai oleh Pemuda Gerakan.

Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim (KEJAM)

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.

Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.

Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.

Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.

KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.

AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.

Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

ARUS QUDUS the making